Entry kali ne panjang sikit .. Kalau rajin boleh lah baca sampai habis ..
kalau malas pun baca lah jugak k .. ngeeee
Ambuyat ?... Macam pelik ja nama kan ..
Tapi sangat lah tidak pelik kalau bagi masyarakat kat Sabah dan Brunei ...
Ambuyat ne merupakan sajian tradisional bagi penduduk bumiputera selepas nasi ,
terutamanya bagi kaum yang berbangsa Brunei dan Bisaya ..
Ambuyat ni biasanya di makan bersama cecah atau kuah ..
kalau nak makan macam tu ja konfem x leh masuk la jawabnya ..
sebab ambuyat ne rasanya agak tawar ..
dan hanya lazat dimakan ketika masih panas ..
kelazatan ambuyat jugak bergantung dengan keenakan jenis cecah nya ..
Lauk ikan ampap , jeruk bambangan , sayur pucuk paku dan sayur lemiding
merupakan cecah yang kebiasaannya di makan bersama ambuyat ..
(fuh ~ kalau yang dah biasa makan konfem terliur baca part ne)
Tepung sagu yang dibuat dari pokok rumbia digunakan untuk menghasilkan ambuyat ..
kalau tepung sagu biasa tu rasanya x boleh jadi ambuyat kot ..
tepung sagu ne akan digaul bersama air panas sehingga tepung tersebut mejadi kental dan kembang ..
 |
Tepung sagu rumbia |
Untuk makan ambuyat ne alat khas yang dinamakan candas perlu digunakan ..
candas ne nampak macam chopstick ..
cuma, candas ne diperbuat daripada buluh ..
 |
Ini lah candas . Macam chopstik tapi candas ne bersambung kat bhgn atas |
cara nak makan senang ja ..
ambik candas, lepas tu masukkan dalam ambuyat ..
then pusing2kan lah ambuyat tuuu ikut kuantiti yang korang nak ..
lepas tu celup lah dekat cecah atau kuah yang korang dah buat tu ..
then masuk mulut dan telan ..
ambuyat ne memang istimewa sebab xpayah kunyah lagi .. haha ..
makanan express gitu ..
 |
Zoom + + Camni lah cara nak makan ambuyat |
ok kat bawah ne disertakan sekali resepi untuk buat ambuyat ..
Bahan-bahan :
1 kg (6½ cawan) sagu rumbia
Air panas yang baru dimasak
1 liter (4 cawan) air
Cara membuat ambuyat:
Sagu dicampur dengan 4 cawan air dan mendapkan selama 10 minit.
Tuang air dan masukkan sagu ke dalam bekas yang tahan air panas.
Bancuh sagu dengan air panas yang baru mendidih.
Kacau hingga sebati dan masak sehingga sagu kelihatan jernih dan likat
(seperti gam. Ini menandakan sagu itu telah masak).
 |
Ambuyat yang dah siap |
Ambuyat bersama cecahannya
maka dengan itu selesai lah entri ku kali ini ... peaCe !
nak join event makan ambuyat ?.. Event Mingguan fans CHELSEA FC
klik kat bawah ne ok ..
Nota si manis :
~ Sagu adalah makan ruji untuk kaum Bisaya. Resipi ini adalah makanan seimbang, kaya dengan karbohidrat kompleks dan serat serta rendah lemak dan garam.
~ Bagi Semenanjung Malaysia yang susah untuk mendapatkan sagu rumbia, boleh diganti dengan biji sagu atau sagu ubi yang mana perlu dimasak diatas api sehingga sagu kelihatan jernih
knp mcm lembik2
ReplyDeletehaha memang makanan ne mcm ne la .. macam gam ... kekeke
ReplyDeletenahhh ! nie bikin teliur nie... aku cari dlu kununn ambuyat tuu.. ad lgi kali d dapur..hehehe :p
ReplyDelete