.:: Diari Hati Seorang Wanita ::.

Hati seorang wanita payah untuk difahami .Kadang terasa mudah .Kadang susah .Tapi hakikatnya hanya dia dan Tuhan yang tahu apa yang dia rasa .Bila bersemuka . Senyuman dan tawa terpampang .Di sebalik senyuman , banyak yang tersembunyi .Hanya hati yang mampu meluahkan segala yang tersirat .
Kadang hati itu ditemani air mata .
Sebenarnya itu lah kekuatan .
Wanita menangis bukan kerana lemah .Wanita menangis juga bukan untuk menagih simpati .Wanita menangis kerana cuba untuk terus kuat .Bila hati terluka itu lah cara mereka meluahkan rasa .Biarlah hati ini meluah dengan caranya .Sabar lah wahai hati . Bukan diriku sengaja membuatmu terluka .Ini adalah ujian Tuhan buat kita .dan teruslah tersenyum .Kerana SABAR ITU SANGAT INDAH :)
Copyright© All Rights Reserved damai-di-sini.blogspot.com
No comments:
Post a Comment